Friday, October 5, 2012

Derma laptop :D

Assalamualaikum 
CC: http://computer.howstuffworks.com/hard-disk.htm

Kali ni aku nak ajar macam mana cara yang paling sesuai nak derma laptop. Almaklumlah kadang-kadang dalam satu rumah ada sampai 2, 3 bijik laptop padahal nak pakai sorang je pun. So, bila dah banyak komputer ni hati pun mula la jadi baik. Nak derma kat orang yang memerlukan. Boleh...silakan, mana la tau dengan laptop yang korang dermakan, orang yang dapat tu buat blog dakwah ke vlog yang ajak orang buat baik ke..Kan dah dapat pahala berlipat ganda.

Ni in case dah banyak laptop la. Jangan pulak ada laptop satu lepas tu dah derma kat orang mintak mak abah beli baru pulak. Niat tak menghalalkan cara. Kot-kot la elaun terkumpul banyak, beli laptop baru, nak simpan banyak-banyak buat apa kan? Buat semak je. Diharuskan menderma.

Bila nak derma tu jangan terus bagi pulak. Time nak bagi tu, silalah ambik hard disk yang ada dalam laptop tu. Beli hard disk baru untuk masukkan dalam laptop tu. Ni la cara yang paling sesuai dan selamat. Hard disk baru murah je pun. Jangan nak kedekut duit sangat.

Kenapa kena ambik hard disk tu..?? Boleh je format. Memang la boleh format lepas tu nampak macam baru. Jangan tertipu tau. Maklumat yang hilang tu bukan hilang betul pun. Ada cara nak dapatkan balik. Macam mana kalau orang godek-godek lepas tu dapat balik maklumat-maklumat sensitip kau. Haa..kan dah segan. Prevention is better than cure. Nak mana satu? Belanja sikit or dapat malu. Kau kan bijak, pandai-pandai la fikir.

Terima kasih bagi pinjam gambar cantik :)

Thursday, October 4, 2012

Kau Pengedar Cetak Rompak..??

Assalamualaikum 
CC: http://shahrulsite.net/sekat-internet-piracy
Apa yang kau paham pasal cetak rompak? Beli sesuatu yang tak tulen, macam tu kan? Sama la dengan apa yang aku paham selama ni. Selama 18 tahun hidup kat dunia ni, baru bulan lepas tersedar dari mimpi. Banyak lagi rupanya cetak rompak punya kategori. Ingatkan aku sorang je tak paham rupanya ada lagi orang lain tak tau. Mai nak habaq. Yang aku nak cerita ni pasal cetak rompak perisian.

Tadi, one of my roomate tengah sembang-sembang dengan kawan dia yang datang bilik kitorang. Yang pelik bin ajaibnya tak tau lah kan apa yang diorang sembang last-last end up kat cetak rompak. Kawan dia cakap kita tak boleh sewenangnya-wenangnya download lagu dari Internet even Internet cakap free.

Betul lah tu. Sebab..yela kata nak support industri muzik la segala mak nenek tapi beli album ori tak nak. Oke la. Jadi baik sikit lah ni. Beli satu album, share 10 orang. Maksudnya, kau beli album, masukkan lagu kat dalam PC kau then masukkan pulak dalam henfon canggih kau. Buat ringtone kat henfon. Bila orang kol, henfon pun bunyik.

Bila kau da habis cakap dengan orang yang call tadi tu, kawan kau cakap macam ni, "ehh, ni lagu baru tu kan..? Mane kau dapat..? Beli album dia ehh..? Bluetooth kat aku..Jap nak bukak bluetooth." Kau pun jawab, "Dah on ke..?? Aku nak hantar ni."

Sama ada kau tak sedar ataupun buat-buat tak sedar, actually kau dah mencetak rompak. Kalau kena tangkap boleh kena denda tau tak..?? Paling kurang pun duduk dalam penjara. Haa..terkejut tak..?? Mesti tak sangka kan kau ingat kau baik rupa-rupanya kaulah kaki langgar undang-undang negara. Bukan undang-undang sekolah.

Aku tulih ni sebab nak bagitau kat semua orang. Sebelum ni tak tau boleh la buat tapi sekarang dah tau kurangkan ye. Mustahil nak stop terus. Slow-slow lah berubah. Selamat beramal :)

Tengkiu bagi pinjam gambar cantik :)

Wednesday, October 3, 2012

Sape suruh tiru ==''

Assalamualaikum  

CC: http://www.niu.edu/writingtutorial/style/plagiarism01.html
Tadi tengah godek-godek file lama kat dalam komputer sebab nak buang apa yang patut. Benda-benda SPM yang dah dekat setahun habis. Movie-movie yang download tak nak tengok. Macam-macamlah. Banyak sangat. Pastu terjumpa pulak la resume nak apply scholarship. Pastu teringat satu benda yang tak boleh lupa.

Cadang-cadang nak apply engineering. Pastu selidik punya selidik start dari sebelum SPM sampai habis SPM. Macam dah boleh hafal semua ayat dia. Then, waktu tulih resume tu ayat memang sedap tak payah nak cakap la kan.

Bila da siap pakcik mintak nak check. Ingatkan nak check grammar biar jela. Tiba-tiba dia bukak google. Dia suruh tengok kejap apa dia nak buat. Dia pun copy la satu ayat yang aku tulih tu. Then, dia paste and google. Sekali keluar satu laman web ayat dia macam aku copy. Waktu tu sakit hati jugakla.

Memang la aku copy tapi dari blog orang. Aku copy sebab berpegangkan prinsip kalau tak boleh buat sesuatu yang baik, tiru je benda baik tu. Agaknya silap apply kot. Baru aku sedar yang tuan blog tu tulis resume pun main copy paste dari Internet je.

Pakcik aku marah la sebab main copy paste je. Kalau buat kat universiti macam ni memang lingkuplah masa depan. Habis setakat tu. Bila masuk universiti pulak lecturer warning yang dorang ada alat nak check ketulenan sesuatu assignment tu. Nak tak nak kena percaya lah kan. Dengan highlight satu ayat then google pun dah dapat trace apa lagi pakai copy semua buat hak milik sendiri.

Nak copy boleh tapi kena buat citation nak bagitau dari mana sumber yang kita ambik benda tu. Kalau tak pemilik benda tu ada hak nak saman kita. Contoh la, kita ni rajin cari bahan lah konon then ambik info dari buku-buku yang Professor dari overseas tulih, then lecturer dapat trace yang kita cuba menipu. Kita akan kena saman dengan Professor penulis buku tu tak? Mesti la tak.

Tapi..tak selamat jugak. Lecturer dapat trace kau menipu tak kan la dia nak bagi fullmark lagi. Silap-silap hari bulan dapat markah kesian je, tu pun, kalau berjaya meraih simpati. Jadi, nak ambik info dari mana-mana pun silakan tapi tolongla letak sumber. Letak citation tu. Dijamin selamat. Menipu kan tak baik. Kalau pernah buat tu silalah bertaubat cepat-cepat. 

Terima kasih bagi pinjam gambar cantik :)

Tuesday, October 2, 2012

Nak password boleh..??

Password ataupun kata laluan sangat penting. Kadang-kadang kita dengan sesuka hati share password dengan orang lain. Untuk password tak boleh pakai istilah sharing is caring sebab password tu macam kunci rumah. Kalau bagi dekat orang then orang tu letak merata-rata, sepahkan or tak jaga elok-elok, nanti orang lain ambik macam mana?

"Ambik jela, maklumat je pun." Bukan masalah curi maklumat ke tak. Masalahnya kat sini takut ada orang bukak profile kau tukar password kau lepas tu tulis macam-macam kat profile kau. Kau cakap ada orang hack kau kat orang lain. Agak-agak dia nak kesian kat kau tak?

Tu baru satu. Ada lagi..Kesinambungan dari letak password rata-rata tu la. Sekarang, Malaysia ada wujudkan lagi satu akta. Yang baru buat tu. Akta 114a under Akta Keterangan. Akta ni cakap kau akan dikira bersalah selagi kau tak mampu buktikan kesalahan kau. Kalau hacker tu kacau-kacau kawan kau je, boleh terima lah kan tapi kalau dia update benda-benda nak hina negara macam mana?

Masuk lokap lah jawabnya. Akta ni satu je tujuan dia, nak bagi kita bertanggungjawab sikit. Nampak tak permainan kat situ? Nak tunjukkan yang profile kat Internet tu kau punya dan dia macam diri kau yang sebenar kat dunia Internet ni.

Dah dengar ni takut tak? Pandai tak nak buat password yang orang nak hack pun tak boleh ni? Macam mana nak buat password yang kuat? Macam ni..Password biar panjang. Campur-campur huruf besar huruf kecik. Letak number letak simbol. Buat tak? Nak tau tak password korang berapa kuat?

Meh check kekuatan password korang kat SINI :)

Tengkiu tau bagi pinjam bagi pinjam gambar cantik :)

Psstt..psstt..meh la share password sapa lagi kuat. Share ni takpe sebab tak boleh teka pun.

Monday, October 1, 2012

Handphone waktu exam..??

Assalamualaikum 

CC: http://i-berjaya.blogspot.com/2012/07/kewujudan-pelbagai-konflik.html
Esok, final exam akan bermula. Yeay!! *tipu. Straight to the point. Tulis hari ni just nak ingatkan kepada calon-calon final exam supaya jangan menipu. Menipu waktu jawab exam. Zaman sekarang, orang pakai henfon nak menipu.

Macam mana..?? Smartphone kan boleh google. Kat sekolah, universiti mostly ada Wi-Fi kan..?? Or mesej waktu dalam dewan exam ke tak pun call pensyarah tanya jawapan. Boleh ke..?? Entah tak pernah buat. =='' 

Macam ni lah..lecture tak pernah ponteng, baca buku siang malam, now masa untuk berdoa banyak-banyak kepada Allah supaya lecturer lembut hati time tanda kertas kita. Biar jawapan yang sikit nampak banyak. Apapun yakinlah Allah tak kan menguji kita dengan sesuatu melainkan kita mampu menghadapinya.

Bak kata lecturer, lebih baik fail daripada menipu. Kalau tak kena tangkap oke lah kan, kalau kena tangkap jangan harap nak buat law lagi. Next, kalau tak kena tangkap, nanti bila dah kerja and beranak pinak nanti semua hasil tu lahir dari hasil tipu dalam exam. Agak-agak berkat tak.

Apapun yang jadi lepas ni, mesti ada hikmah disebalik tu. Kalau kita dah usaha insyaallah kita mampu jawab soalan tu nanti. Yang penting mindset. Think positive, sure we can do it :) Tak perlu bawak toyol masuk waktu exam nanti. Insyaallah usahalah yang akan jadi toyol kita waktu dalam dewan lagi.

P/s : Henfon canggih-canggih sila simpan elok2 :) Tak perlu nak jadikan henfon tu sebagai alat buat jahat time exam. All da best and do pray for me :D

Pinjam gambar tau. Gambar hiasan semata-mata :)

Sunday, September 30, 2012

Shopping Online :3

Orang perempuan sangat suka shopping kan. Kala orang propose ajak kawen tu maybe ambik masa tapi kalau ada orang ajak shopping, cepat je angguk. Tambah-tambah kalau ada yang sponsor. Rasa macam dunia ni aku yang punya :) *sila baca dalam nada teruja.

Teknologi moden menjanjikan sesuatu yang sangat memudahkan. Online shopping :D Tapi..online shopping tak menjanjikan kepuasan macam shopping biasa namun sangat menjimatkan masa.

So, entry kali ni nak share macam mana nak shopping online. Nak shopping pun kena ada safety precaution. Sila baca entry ni dengan sabar okay :)

Buat perbandingan harga. Mungkin ada tawaran yang lebih hebat di tempat lain. Sebab kadang-kadang penjual online ambil caj yang tak munasabah yang tak boleh diterima akal. Cuba check dulu mana tau boleh jimat kos. Kadang-kadang sesama penjual pun tawarkan harga lain-lain even jual benda yang sama. So, buatlah pilihan yang bijak. Tapi..kalau dah kaya tak tau nak letak mana duit banyak-banyak, buat la apa yang awak suka :)

Nak shopping online, kena pastikan anda tahu butiran lengkap penjual. Ni in case kalau kena tipu. Mana la tau duit dah bayar tapi barang tak dapat. Haa kan dah menyusahkan. Kalau tak tau satu apa pun pasal penjual tu, menangis air mata darah sekalipun tindakan tak dapat diambil. Rugi pun rugi sakit hati pun ada.

Cari laman web yang menyediakan kaedah pembayaran yang selamat. Macam mana nak tau selamat atau x..?? First tengok kat url ada ikon ibu kunci  ke tak. Then kalau ada tulis https:// bukan http:// insyaallah selamat :D

Check dua tiga kali sama ada company tu ada janji nak privatekan maklumat pelanggan ke tak. Dekat mana nak check? Alahh..kan nanti ada keluar something yang tanya whether you agree or not..benda tu la. Benda alah yang orang paling malas baca tu.

Last but not least, try minimakan pendedahan maklumat peribadi :) For instance, kalau orang mintak password, number PIN, and number kad jangan pulak pakai istilah sharing is caring :D

Macam ni lah..kalau tak pandai nak ikut semua panduan ni, baik jangan shopping online. Gunalah cara manual. Peluh keluar badan pun sihat kan kan :)


Tengkiu bagi pinjam gambar cantik :D

Beware of Internet Predator..

Assalamualaikum 


Sebelum membebel lebih panjang, empunya blog tertarik untuk kongsikan realiti hidup yang banyak terjadi pada zaman sekarang. Dunia tanpa sempadan kalau tak dihadkan boleh memakan diri. Bagaimana dikatakan memakan diri? Maruah anda mungkin tergadai.

Ramai yang ambil mudah dengan amaran yang dilemparkan. Mungkin belum kena pada batang hidung sendiri. Cuba tengok klip video tu ulang-ulang kali mungkin kesedaran akan timbul kemudian. Tak salah nak tambah kawan baru, lagipun memang naluri seorang manusia untuk tertarik kepada insan berlainan jantina. Tambah-tambah pulak kalau muka hensem muka jambu sikit.

Tapiii..pernah tak terfikir mungkin dia guna gambar orang lain, mungkin dia ada niat jahat terhadap awak. Jangan beri peluang kepada perogol di luar sana yang semakin bijak mendekati mangsa. Bijak kan..?? Lepas tawan hati si gadis kemudian ajak berjumpa. 

Bila dah jumpa si pemangsa atau si perogol atau si haiwan bertopengkan manusia akan mula cari jalan untuk bawak si gadis ke tempat tersembunyi. Si gadis yang mungkin tersilap percaturan telah jatuh ke dalam perangkap si pemangsa. Modus operandi yang sama akan diulangi berulang-ulang kali.

Ramai yang tak alert sebab bila dah ada yang jadi mangsa tapi takut nak laporkan kepada pihak polis. Dengan alasan takut malu. Kenapa..? Takut disalahkan oleh orang lain sebab pergi menyerahkan diri. Sebenarnya benda ni boleh dihalang kalau si gadis bertindak lebih awal.

Wahai gadis, anda mampu mengubahnya. Pertama, jangan letakkan kepercayaan yang melampau terhadap si pemangsa. Kedua, selidik latar belakang setiap orang yang hantar friend request pada anda. Ketiga, jangan dedahkan maklumat peribadi seperti alamat rumah atau number telefon kepada orang yang anda baru kenali. Seterusnya, lihat sama ada dia berniat buruk terhadap anda melalui mesej yang dihantar :)

Ingat, anda mampu mengubahnya :) Rasanya masih banyak cara nak melindungi diri dari terlibat dengan pemangsa internet ni. Nak share silakan :D

Behave yourselves :)

Assalamualaikum 

CC : http://www.sales2marketing2.com/facebookRevolution/
Kita manusia yang bermaruah, jadi, tak kiralah di mana kita berada berada, kita kena jaga tingkah laku kita. Banyak mata-mata yang memandang. Dalam Internet macam mana nak jaga tingkah laku? Kita tak berjumpa face-to-face pun kalau pakai Internet. Macam mana orang nak cakap kita biadap? So, selamatlah kan kalau nak buat jahat kat Internet? Opss. Kau memang silap besar lah kalau fikir macam tu. Bukak minda luas-luas bukan nak sombong ke apa tapi nak mengajar sikit.

Kalaulah kau terfikir nak buat jahat kat Internet, you should better think twice. Memang kita tak nampak masa depan kita, dengan akal kita berfikir. Mungkin ramai yang tak sedar, hopefully after this jaga-jaga la. Seram tak? By the way, I use scare tactic just now. Takut tak?

Nak post gambar kat fesbuk? Boleh..tapi dengan syarat yang berkelakuan baik-baik jela. Contohla..ada satu hari ni pergi mencuri coklat ramai-ramai. Nak buat kenangan tangkap la gambar. Seminggu lepas tu pos gambar tu kat fesbuk..konon-kononnya kenangan. Benda tu boleh jadi bukti tau so beware. Lagipun mana la tau gambar tu gambar waktu jahiliah tapi bila dah bertaubat lupa nak lupuskan bukti. Kan dah burukkan imej kau :)

Jangan buat fake account untuk orang lain. Jangan nak memandai-mandai sebab kalau empunya diri report kau boleh kena dakwa atas dua benda, sama ada kecurian identiti ataupun gangguan. Even gambar dia hensem ke cantik ke pakai la gambar sendiri. Tak payah la nak pakai identiti orang lain nak jadi hot sentapp. Adobe photoshop kan ada, pandai-pandai la edit gambar tu biar jadi hot. Nak sangat kan. Baik letak gambar kucing dari letak gambar orang lain :p

Lupakan kewujudan orang lain di social network? Apa ni? Tak paham? Macam ni. Social network tu kau kena ingat bukan kau sorang yang reti guna, orang lain lagi pandai la. Kau je tak tau. Jadi, kau pun mula la syok sendiri macam social network tu kau yang punya. Ambik contoh fesbuk. Semua orang pakai fesbuk. Fesbuk kan nak hubungkan semua orang. Berpegangkan prinsip "ni profile aku, suka hati aku la nak update apa pun, kalau tak suka sila UNFRIEND, sekian harap maklum". Hebat betul kau bercakap kan. Sekarang dunia dah moden, cuba fikir kalau nak interview kerja, biasiswa etc, nak kenal calon lebih dekat, bukak fesbuk. Fesbuk will reveal everything including your personality. Daripada nak ambik terus reject. Kan dah susah. Nak cuba silakan :D

Tag gambar kawan kat laman sosial. Salah ke? Memang salah. Alasan kukuh yang super konkrit menyatakan bahawa ia akan menyebabkan orang lain buat persepsi awal. Boleh jadi baik boleh jadi buruk. Kesian kan kawan kau. So, kalau nak tag ke nak apa ke make sure dapat permission dulu.

Kalau kau berjaya prevent semua benda ni, setinggi-tinggi tahniah diucapkan sebab kau dah berjaya hapuskan jejak digital :) Yess. Jejak digital. Kat Internet takda apa yang boleh disembunyikan. Jadi, nak jaga keselamatan diri, you should behave yourself :)

Gambar kali ni kredit to awak :D

Budak-budak sekarang..

Assalamualaikum  

CC: http://aliltlebitofeverything.blogspot.com/2012/08/dulu-lain-sekarang-lain.html
Di tengah hari yang panas ni tiba-tiba je teringin nak tangok gambar Iphone. Kelakar pun ada. Nak beli tak mampu tengok gambar pun jadi laa. Nampak pulak gambar budak dengan Iphone. Jeles pun ada. Untungla budak zaman sekarang. Tak pandai baca sangat pun dah boleh hantar mesej. Ehh..boleh pulak..??

Main game kot. Teringat game teringat pulak sepupu aku. Umur dia..?? Takda la muda sangat takda la tua sangat. Sembilan tahun umur dia. Bulan lepas aku bawak sorang kawan balik rumah pakcik makcik aku ni. Kawan aku tu anak bongsu so, bila ada peluang ada adik happy kemain lagi. Sibukla dia melayan perangai sepupu aku tu.

Tiba-tiba dia dengan muka teruja masuk bilik. Aku buat muka pelik. "Kenapa ni..??" aku pun tanya dengan penuh keibuan. "Hebat gila la sepupu kau" dia balas. "Uikkk..??" tak paham lagi. "Tak tadi aku tengok dia main game bola lepas tu siap beli player lagi" kawan aku cakap. "Mana dia belajar huh..?" kawan aku tanya lagi. "Erk baik kau tanya dia sendiri, bab bab ni aku tak expert la" sambil garu-garu telinga.

Aku pun pelik jugak. Pergi sekolah bukan sekolah ajar pun. Takkan la makcik pakcik aku yang ajar kot. Dengan rasa pelik aku pun tanya. Dia jawab "Internet kan ada". Kann..?? Dengan Internet semua boleh. Ilmu milik semua. Macam aku ni even dah tua bangka muda remaja pun tapi kalau suruh belikan player game kat Internet memang surrender. Tak pandai lah chek.

Dulu kita waktu umur sembilan tahun main baling selipar lagi tapi budak sekarang main Angry Bird. Kita nak beli barang kena paksa mak abah bawak pergi kedai budak sekarang online saja. Dulu nak online pakai dail-up connection yang kelajuannya mengalahkan siput khinzir yang buat kita fed-up tapi budak sekarang pakai streamix yang buat rasa nak online 24/7 pun boleh.

Nampak tak kat sini dengan Internet macam-macam kita boleh buat. Tanpa kawalan pulak tu. Jump to the conclusion, kita sebagai pengguna la perlu kawal diri kita sendiri. Jangan sampai addicted pulak. Zaman dah berubah. Budak-budak pun expert pakai Internet. Kan kan :)

P/s : Gambar je pinjam cerita hak milik sendiri :D

Terima kasih bagi pinjam gambar cantik :)

Saturday, September 29, 2012

Hai..Jom berkenalan.. :D

Bak kata orang tak kenal maka tak cinta. Jadi sebelum perhubungan yang dijalinkan berlandaskan rasa cinta namun tak kenal, maka eloklah kiranya kita sebagai pengguna tegar Internet mengenali Internet terlebih dahulu. Semua orang tak kiralah tua atau muda, bila sebut Internet macam-macam terbayang di kepala. Namun, disebabkan kepercayaan yang melampau diletakkan pada Internet, kepercayaan yang diletakkan terhadap Internet dengan mudah dirobekkan.

Maka, ramailah yang makan hati. Ramai yang hidup dengan Internet namun tak ramai yang memahami Internet. Sebaik-baik Internet adalah sejahat-jahat manusia. Ye ke? Tapi jangan terlupa, kalaulah kita sebagai pengguna mengambil langkah untuk berhati-hati dengan Internet, masalah tak kan pernah mencari kita sebab kita dah lengkapkan diri kita dengan perlindungan ala ala antibodi secukupnya.

Oleh itu, bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali, bagi menguatkan antibodi kita dalam menggunakan Internet ni, eloklah blog ini membongkarkan cara-cara penggunaan Internet yang betul. Almaklumlah di sekolah mana ada silibus nak ajar penggunaan Internet yang betul. Remaja zaman sekarang pulak tak berminat nak ambik tahu. Alasan rapuh yang selalu bergema ialah "tak masuk exam pun". Masalahnya, adakah kita sudah cukup bijak untuk menangkis segala serangan dari dunia siber?

Beringat sebelum kena supaya tidak menangis di kemudian hari. Kerana Internet manusia pilih untuk bunuh diri, kerana Internet jugak masyarakat boleh buat persepsi sendiri terhadap orang yang tak pernah mereka kenal, kerana Internet jugak ramai yang makan hati. Kalau nak disenaraikan semua kesan yang Internet bawa memang tak tidur malam ni. 

Disebabkan empunya diri bermurah hati untuk share kan apa yang diperolehi setelah mengikuti kursus 1citizen, maka eloklah kalian terus setia bersama blog ni. Diharapkan kewujudan blog ini mampu mengubah persepsi masyarakat dan menambahkan pengetahuan yang sedia banyak. Daripada 24 jam, saya hanya minta saudara-saudari menjengah blog ini selama 5 minit sahaja. Mudah-mudahan 5 minit yang diluangkan mampu menyelamatkan hidup saudara-saudari :)

Terima kasih sebab bagi pinjam gambar cantik :)

 “Produced for 1CITIZEN”