Tuesday, October 2, 2012

Nak password boleh..??

Password ataupun kata laluan sangat penting. Kadang-kadang kita dengan sesuka hati share password dengan orang lain. Untuk password tak boleh pakai istilah sharing is caring sebab password tu macam kunci rumah. Kalau bagi dekat orang then orang tu letak merata-rata, sepahkan or tak jaga elok-elok, nanti orang lain ambik macam mana?

"Ambik jela, maklumat je pun." Bukan masalah curi maklumat ke tak. Masalahnya kat sini takut ada orang bukak profile kau tukar password kau lepas tu tulis macam-macam kat profile kau. Kau cakap ada orang hack kau kat orang lain. Agak-agak dia nak kesian kat kau tak?

Tu baru satu. Ada lagi..Kesinambungan dari letak password rata-rata tu la. Sekarang, Malaysia ada wujudkan lagi satu akta. Yang baru buat tu. Akta 114a under Akta Keterangan. Akta ni cakap kau akan dikira bersalah selagi kau tak mampu buktikan kesalahan kau. Kalau hacker tu kacau-kacau kawan kau je, boleh terima lah kan tapi kalau dia update benda-benda nak hina negara macam mana?

Masuk lokap lah jawabnya. Akta ni satu je tujuan dia, nak bagi kita bertanggungjawab sikit. Nampak tak permainan kat situ? Nak tunjukkan yang profile kat Internet tu kau punya dan dia macam diri kau yang sebenar kat dunia Internet ni.

Dah dengar ni takut tak? Pandai tak nak buat password yang orang nak hack pun tak boleh ni? Macam mana nak buat password yang kuat? Macam ni..Password biar panjang. Campur-campur huruf besar huruf kecik. Letak number letak simbol. Buat tak? Nak tau tak password korang berapa kuat?

Meh check kekuatan password korang kat SINI :)

Tengkiu tau bagi pinjam bagi pinjam gambar cantik :)

Psstt..psstt..meh la share password sapa lagi kuat. Share ni takpe sebab tak boleh teka pun.

10 comments:

pha is said...

nice share.. password kna pandai jaga... bahaya kalau dapat kat org yg x bertangung jawab...

Cik Nas :) said...

@pha is so true..kalau nak share pun dgn mak boleh :) takkan mak nak hack anak sendiri kann..??

Uwais Aminin said...

blog kesayangan aku kena hack baru2 ni atas kecuaian aku sendiri. Atas sebab2 password terlalu lemah si hacker jahanam tu ceroboh blog aku tu. Ok thkz pada hacker jahanam jgn tanya kenapa aku ucap perkataan manis "thakx" tapi fikir apa yg ko telah buat pada aku. @Cik Nas sebenarnya banyak lagi cara dyeorang leh ceroboh password cth melalui phising, SQL. Aku kena cara tu la

Cik Nas :) said...

@Uwais Aminin Yup..byk lagi cara actually..and fyi my previous blog has been hacked by using the same method as you said just now..ni la blog baru saya :D

cik mimey said...

setuju sangat dengan entry ni..jagalah paswd dengan sebaiknya

Cik Nas :) said...

@cik mimey password ni mcm knci rmah, sbb tu kna jaga elok2 :)

Khalilah MNor said...

Ish, boleh sentap kejap... Tak terfikir sampai seteruk tu salah guna password org. Kena jaga password bebaik ni.

Cik Nas :) said...

@Khalilah MNor lpas ni jga elok2 tau :D

Nora Karim said...

betul... password tu sangatlah penting... kena jaga elok2...

Cik Nas :) said...

@Nora Karim tak dpat bayangkan kalau kena hack lepas tu kna tulis mcm-mcm..hee..seram.. --''