Sunday, September 30, 2012

Shopping Online :3

Orang perempuan sangat suka shopping kan. Kala orang propose ajak kawen tu maybe ambik masa tapi kalau ada orang ajak shopping, cepat je angguk. Tambah-tambah kalau ada yang sponsor. Rasa macam dunia ni aku yang punya :) *sila baca dalam nada teruja.

Teknologi moden menjanjikan sesuatu yang sangat memudahkan. Online shopping :D Tapi..online shopping tak menjanjikan kepuasan macam shopping biasa namun sangat menjimatkan masa.

So, entry kali ni nak share macam mana nak shopping online. Nak shopping pun kena ada safety precaution. Sila baca entry ni dengan sabar okay :)

Buat perbandingan harga. Mungkin ada tawaran yang lebih hebat di tempat lain. Sebab kadang-kadang penjual online ambil caj yang tak munasabah yang tak boleh diterima akal. Cuba check dulu mana tau boleh jimat kos. Kadang-kadang sesama penjual pun tawarkan harga lain-lain even jual benda yang sama. So, buatlah pilihan yang bijak. Tapi..kalau dah kaya tak tau nak letak mana duit banyak-banyak, buat la apa yang awak suka :)

Nak shopping online, kena pastikan anda tahu butiran lengkap penjual. Ni in case kalau kena tipu. Mana la tau duit dah bayar tapi barang tak dapat. Haa kan dah menyusahkan. Kalau tak tau satu apa pun pasal penjual tu, menangis air mata darah sekalipun tindakan tak dapat diambil. Rugi pun rugi sakit hati pun ada.

Cari laman web yang menyediakan kaedah pembayaran yang selamat. Macam mana nak tau selamat atau x..?? First tengok kat url ada ikon ibu kunci  ke tak. Then kalau ada tulis https:// bukan http:// insyaallah selamat :D

Check dua tiga kali sama ada company tu ada janji nak privatekan maklumat pelanggan ke tak. Dekat mana nak check? Alahh..kan nanti ada keluar something yang tanya whether you agree or not..benda tu la. Benda alah yang orang paling malas baca tu.

Last but not least, try minimakan pendedahan maklumat peribadi :) For instance, kalau orang mintak password, number PIN, and number kad jangan pulak pakai istilah sharing is caring :D

Macam ni lah..kalau tak pandai nak ikut semua panduan ni, baik jangan shopping online. Gunalah cara manual. Peluh keluar badan pun sihat kan kan :)


Tengkiu bagi pinjam gambar cantik :D

10 comments:

D i n said...

kena hati2 bila shoping kt internet :)

Cik Nas :) said...

@D i n haha :D tu je point nak cakap tapi tulih punya la panjang :p

ChoColat DonuT said...

Good entry.... :-)

Cik Nas :) said...

@ChoColat DonuT tengkiu sis :) rajin rajin dtg la lgi :D

pha is said...

nice share.. info berguna ni.. skrg dah ramai shopping online... risiko plak makin tinggi... bahaya kalau x jaga2..

Cik Nas :) said...

@pha is btul3 :) takut daripada nak jimat masa terus hilang duit..

MawardiYunus said...

tak pnh cuba blio brg kt intenet.. takut uhuh

Cik Nas :) said...

@MawardiYunus xpyh la bli online..xrasa nikmat jalan2 kat shopping mall..haha :D

sina Mohamed said...

ksina biasa gak online shopping tap more pada product kesihatan. Sebab harganya tak banyak beza dari farmasi.

Cik Nas :) said...

@sina Mohamed produk ksihatan nas tak brani sgt,,slalu bli bju2 mcm tu je :)